Sunday, 13 July 2014

Pertengahan.

saat berganti minit
minit berganti jam
jam berganti hari
hari berganti minggu
minggu berganti bulan
bulan berganti tahun
malam berganti siang
siang berganti malam

selagi masih bernyawa
itulah putaran yang akan dilalui
sama ada mahu atau tidak

orang sekeliling pun silih berganti
untuk menunggu yang setia 
satu dalam seribu
mungkin satu dalam sejuta
dan akhirnya tika itu tinggal sendirian terkapai

tika itu baru tahu siapa diri sebenar
di mana kekuatan sendiri
tapi tidak mengapa
kau masih punya Tuhan 
yang tidak pernah meninggalkan
kuatkan hati
teruskan melangkah

dunia ini memang tidak adil
dan memang tidak akan pernah adil
teruskan melangkah
jangan pernah mengalah.


--makin besar makin bertambah usia makin banyak soalan daripada jawapan.Rumit. lebih lebih lagi dengan objek yang punya hati dan perasaan. ah sudah--

No comments:

Post a Comment